Jumaat, 21 Januari 2011

SMA

Alhamdulillah,aku dan adikku Asim telah selamat pulang ke rumah semalam.Mulanya kami bercadang untuk pulang dengan menaiki bas sahaja seperti sebelum ini, lebih2 lagi mengingatkan road run yg akan diadakan tidak lama lagi, balik jalan kaki dari sekolah ke stesen bas, dan dari KTM ke rumah kami.
Tapi masa dlm perjalanan ke stesen bas, ada orang yg baik hati nak tumpangkan keretanya.Masa nak jalan kaki balik ke rumah pulak, ternampaklah abangku Alqamah sedang mengambil kakakku Abidah dari KTM..makanya, tak jadilah kami berlatih untuk road run nanti...
Hari Isnin lalu, 17 Januari 2011, result SMA dah keluar...dan seramai 38 orang pelajar SAMTTAJ telah berjaya memperoleh MUMTAZ dalam SMA yg lalu...Alhamdulillah,salah seorangnya adalah aku...taklah banyak mana pun, adalah setakat cukup2 makan...resultku pun masih belum mampu mengalahkan result adikku Arifah, yang kukira sangat pintar dalam subjek2 agama..tak apelah, sekurang2nya mampu 'cover' sikit result PMR ku yang tak memuaskan.
Time tengah sembang2 pasal SMA haritu, aku terdengar pasal salah seorang rakan ku yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan. Ramai yang agak terkejut sebab dia adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dan aku dapat tau dia nangis time dpt result tu.Sekonyong-konyong aku teringat masa aku form 3 dulu, dia ada cakap kat aku dengan nada gurau yang aku ni bukan calon PMR tapi calon SMA..kata2 dia tu menunjukkan yang aku ni tak layak dapat 9A sebab prestasi aku yg sering lemah dalam akademik.Tiba2 hari tu dia dapat camtu...eh, ade kena-mengena ke dgn apa yg dia cakap tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan