Khamis, 30 Disember 2010

Sangkaan

Sedang sibuk melayan pelanggan yang datang membeli buku, datang seorang wanita menghulurkan senarai buku-buku yang perlu dibeli sambil berkata:
"Kak, haritu saya mintak buku yang saya 'highlight' nie, bukan yang saya tanda dengan pen merah tu.Tapi akak bagi terbalik pulak.."
Segera aku menoleh ke arah kawan ibuku yang menjadi jurujual yang sebenarnya di situ untuk melihat reaksinya.
"Oh, tersilap ye.."begitu balasnya sebelum kembali meneruskan kerjanya membuatkan aku terdiam seketika, tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum tiba2 tanganku spontan tergerak untuk mengambil senarai tersebut.
"Em..tersilap ye kak. Biar saya ambikkan yang akak dah 'highlight' tu."Lalu aku pun beredar untuk mencari buku seperti yang diminta.

"Nah..ni buku yang akak tersilap bagi haritu.."ujar wanita itu lagi sebelum aku mengambilnya dan meletakkannya di atas meja lain.
Lalu Acik Izan (panggilan utk kawan ibuku) pun mulalah mengiranya..aku lihat, dia seakan 'pening kepala' mengira tolak tambah jualan buku itu. Manakala aku pula mengambil buku yang diberikan utk diletak ke tempat asal..Namun, hatiku seakan merasa ada yang tidak kena dengan sesuatu. Mengapa? Aku tidak pasti.
Setelah selesai urusan jul beli dengannya, aku kembali memeriksa buku2 yang diberikan sebentar tadi.
'Eh, buku ni ade satu je? mana lagi satu?' segera aku melihat-lihat sekeliling meja itu
'Aik?pembalutnya pun dah hilang?kat mana ni?Ish, makcik tu sajeje buat macam ni. tak baiklah dia tu.' aku pun melangkahkan kaki menuju ka arah Acik Izan dan memberitahunya akan hal tersebut.
"Lah..patutla rasa macam ada yang tak kena je tadi.Cepat panggil acik tadi balik."Mujurlah wanita tadi masih di luar, seperti memeriksa sesuatu. Mungkin memeriksa kembali jumlah bayaran yang dipulangkan kepadanya..
"Nasib baiklah akak perasan, kalau tak tahulah saya apa jadi nanti. Oklah, sekarang saya bayar dulu buku tu, pastu nanti saya bawak dan pulangkan balik."Subhanallah,...aku tidak menyangka bahawa rupa-rupanya wanita itu baik hatinya. Sebelum itu, aku
menyangkakan dia sengaja mahu menipu kami. Maaf kak...
Selepas wanita itu pergi, aku termenung seketika, mengenang hati dan jiwa yang selalu alpa..Mungkin Allah mahu mengingatkan aku agar tidak melulu menyangka buruk terhadap hamba2Nya.Teringat aku pada sepotong ayat yang berbunyi:
"Wahai org2 yang beriman, jauhilah kamu daripada bersangka-sangka, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah DOSA..."
Astaghfirullahal'adzim..ampunkan dosaku ya Allah!
Kisah ini nampak sangat remeh kerana ia sering terjadi, namun ia merupakan sesuatu yang berharga buat diriku yang sering lalai ini...

Selasa, 28 Disember 2010

Pertemuan...

Sudah lama aku tidak menulis di blog..bahkan catatan ini adalah catatan yg keDUA dlm blogku!
Argh..terlalu malas utkku meneruskan penulisan di dalam blog..kerana bagiku tiada apa yang perlu diungkapkan..cuma bila kebosanan yang parah melanda diri, baru hati ini tergerak untuk menulis..

Hari ini, sudah masuk hari ke-7 aku bekerja di kedai buku Sekolah Kebangsaan seksyen 6..membantu kawan ibuku yang bekerja di sana..sebenarnya sangat malas utk menerima pelawaan sebagai pembantu di kedai buku itu,..namun,bila memikirkan diriku yang tiada apa2 kerja di rumah, sekadar menggoyangkan kaki, lena di atas katil empuk di siang hari, lebih baik aku manfaatkan cuti yang hanya tinggal bbrapa hari saja lagi ini dgn menerima tawaran tersebut.

Dan Alhamdulillah...banyak perkara baru yang aku temui setelah beberapa hari bekerja..
ragam dan perasaan manusia yg pelbagai...marah,hairan, sedih,gembira..membuatkan aku semakin mengerti bahawa hidup ini adalah kompleks...(bukan kompleks membeli-belah!)


Perkara yang paling mengujakan diri ialah apabila bertemu dengan seorang wanita awal 30-an yang melaksanakan solat berjemaah di masjid negeri pada setiap waktu.
Bukan sekadar senyumannya, bahkan bicaranya yang seringkali menyebut nama Allah membuatkan aku terpesona...

Sikapnya yang mudah mesra membuatkan aku mudah mengenalinya dalam masa yang singkat...
Bicaranya sering membuatkan aku terasa kerdilnya diri ini di hadapan Allah...
memuhasabah diri yang sering lupa daripada mengingatiNya...
Dan aku akan berusaha untuk tidak melupakan dirinya yang sering mengaitkan sesuatu perkara itu dengan pencipta...
Contohnya,..saat kami sama2 berjalan dari masjid menuju ke perpustakaan awam, dia menyabarkan aku daripada mengeluh kerana katanya sesungguhnya orang2 yang dalam meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu akan dikurniai syahid...dan perjalanan yang jauh itu lebih banyak pahalanya berbanding yang hampir...

Alhamdulillah atas pertemuan ini...

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ramadhan Kareem...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t buat semua..
Bersyukur ke hadrat Ilahi krn tlh memberi ksempatan buat saya mnulis di blog.Saya harap ini adalah permulaan bagi saya untuk meneruskan perjuangan di alam maya nie...

Selamat mengikuti blog.. BICARA SEORANG MUJAHIDAH!