Ahad, 5 Jun 2011

Cuti Sekolah

Hari ni, hari Isnin, masuk hari ke-10 cuti skolah. Beberapa hari je lagi persekolahan akan bermula kembali..Apakah yang telah aku lakukan sepanjang cuti ini?Makan, tidur, borak2, tengok movie,...??Itu saja?perkara yang sangat2 biasa dilakukan time cuti...huh,buat menambah lemak je kat rumah.Itulah kata2 yg biasa didengar utk orang sepertiku...Yelah,dah duduk rumah ni, takkan nak lepak je spanjang masa,kan? Angah yang sibuk kerja tu pun, sempat lagi kemas rumah ni. Aku ni?nak kata baca buku pun tak jugak...Kesian umi,mesti dia kecewa tengok anaknya macam ni, pemalasnya mengalahkan puteri raja kat istana tu!
Rancangan dah ada, tinggal nak buat tu yang susahnya..kenapa?mungkin godaan2 nafsu dan syaitan yang tak habis merajai diri.Astaghfirullahal'adzim..tak patut aku ikutkan kata2 'diorang' kan...Patutnya aku kena kuatkan diri, melawan bisikan2 yang mengajak kpada kjahatan dan kmalasan.Dalam Alquran pun ada sebut yang Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri yang kena ubah nasibnya...melalui usahalah kan?mana boleh malas2....Ya Allah,lindungilah diriku dari sifat lemah dan malas,dan kuatkanlah semangatku utk menggapai redhaMu,amin.....

Sabtu, 2 April 2011

KAMIL & MTQ

Sabtu, 2 April 2011 (smalam) aku baru balik rumah..sbb ade MTQ di SK Seafield Subang Jaya..keputusannya,agak menyedihkan..harapanku untuk mendapat tempat pertama tak tercapai...SAMBEST tetap menjuarai MTQ spt sbelum2 ini...tapi yang aku sedihkan adalah kerana diriku sendiri yang mungkin kurang berlatih wlaupun aku rasa dah banyak ktinggalan dlm pelajaran..ntahlah..mungkin jugak sbb aku ni seorang yg kurang bersemangat..pastu pulak aku tak dikritik sgt time berlatih tu..so, maybe aku rse aku ni dah ok...*_*
Then, aku spatutnya xleh m'harapkn kemenangan sangat...maybe tu gak antara punca yg mnyebabkn aku sedih sangat skarang ni...patutnya aku redha dgn apa yg ALLAH dah tetapkan..yelah, mungkin itu yang terbaik untuk aku kan , cuma aku belum nampak lagi hikmahnya....
Masa KAMIL hari Sabtu sebelum tu pun same...tapi sbb aku ingat ade harapan kt MTQ,so taklah terasa sangat sedihnya..tapi semalam,Masya Allah...sangat menyakitkan...pedihnya bila harapan tak tercapai...rasa macam gelap gelita dunia ni...tapi aku tahu yang aku PERLU redha dengan ketetapan ini...
"Boleh jadi kamu bencikan sesuatu tapi ia amat baik bagimu dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."

Jumaat, 4 Februari 2011

Makhluk Allah

Sekolah kami mempunyai dua buah blok asrama puteri dan sebuah blok asrama putera.Sepanjang persekolahan aku di SAMTTAJ, tidak pernah berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti histeria dan sebagainya. Namun,aku tak pernah menyangka bahawa tahun ini kejadian seperti itu akan berlaku.

Siapalah kita hendak menafikan kewujudan 'makhluk' tersebut.'Mereka' ada di mana2, cuma kita yang tidak mampu melihat dengan mata kasar.Kejadian tersebut menimbulkan rasa takut di hati ramai pelajar puteri terutama di kalangan ahli2 dorm tersebut.Maka pada malam itu, musolla Ar-Raudhah mencatat sejarah, sunyi sepi tanpa hiruk-pikuk pelajar yang sangat memeningkan kepala, seperti berada di tengah pasar! Alhamdulillah, sedikit sebanyak peristiwa itu mampu men'diam'kan mereka..=)

'Mereka' juga merupakan makhluk Allah seperti kita, bezanya cuma kita tidak mampu melihatnya, maka mereka mudah menyerang kita.Tapi mereka tidak akan menyerang jika kita tidak mengganggu keamanan hidup mereka.Maka sewajibnya kita yakin bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa atas segala-galanya dan hanya pada-Nya kita perlu takut dan mengharap.
Tapi, jangan pula terlalu berani hingga mencabar diri 'mereka'.


Jumaat, 21 Januari 2011

SMA

Alhamdulillah,aku dan adikku Asim telah selamat pulang ke rumah semalam.Mulanya kami bercadang untuk pulang dengan menaiki bas sahaja seperti sebelum ini, lebih2 lagi mengingatkan road run yg akan diadakan tidak lama lagi, balik jalan kaki dari sekolah ke stesen bas, dan dari KTM ke rumah kami.
Tapi masa dlm perjalanan ke stesen bas, ada orang yg baik hati nak tumpangkan keretanya.Masa nak jalan kaki balik ke rumah pulak, ternampaklah abangku Alqamah sedang mengambil kakakku Abidah dari KTM..makanya, tak jadilah kami berlatih untuk road run nanti...
Hari Isnin lalu, 17 Januari 2011, result SMA dah keluar...dan seramai 38 orang pelajar SAMTTAJ telah berjaya memperoleh MUMTAZ dalam SMA yg lalu...Alhamdulillah,salah seorangnya adalah aku...taklah banyak mana pun, adalah setakat cukup2 makan...resultku pun masih belum mampu mengalahkan result adikku Arifah, yang kukira sangat pintar dalam subjek2 agama..tak apelah, sekurang2nya mampu 'cover' sikit result PMR ku yang tak memuaskan.
Time tengah sembang2 pasal SMA haritu, aku terdengar pasal salah seorang rakan ku yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan. Ramai yang agak terkejut sebab dia adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dan aku dapat tau dia nangis time dpt result tu.Sekonyong-konyong aku teringat masa aku form 3 dulu, dia ada cakap kat aku dengan nada gurau yang aku ni bukan calon PMR tapi calon SMA..kata2 dia tu menunjukkan yang aku ni tak layak dapat 9A sebab prestasi aku yg sering lemah dalam akademik.Tiba2 hari tu dia dapat camtu...eh, ade kena-mengena ke dgn apa yg dia cakap tu?

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Datang, Sekolahku...

Esok saya dan adik akan kembali ke sekolah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah,(SAMTTAJ) Shah Alam...


Selamat kembali, sekolah ku...!
Doakan saya menjadi pelajar yang lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaranku...
Doakan SPM saya..!

Salam Ma'al Hijrah

Meski tahun baru hijrah telah berlalu, bahkan sudah tiba ke penghujung bulan Muharam, saya tetap ingin mengucakan ...Salam Ma'al Hijrah..!



Semoga 'hijrah' kita pada tahun ini lebih baik dari yang lalu...Insya Allah..

Azam

Hari ini, Sabtu,1 Januari 2011...kita semua telah melangkah ke tahun baru Masihi...
Bila disebut tahun baru, pasti sinonim dengan azam baru.
Sebenarnya azam baru bukanlah hanya dibuat apabila melangkah ke tahun baru, cuma saat pembaharuan tahun itu memberi sedikit suntikan semangat utk membuat azam yang baru...
Apa azam baru kalian..?Di sini ingin saya titip azam baru yang ingin saya capai...

  1. Kurangkan tidur pagi
  2. Bangun awal pagi
  3. Rajin berpuasa Isnin Khamis
  4. Belajar lebih tekun
  5. Ikut peraturan sekolah dan asrama
  6. Lebih berdisiplin
  7. Banyak muhasabah diri
Doakan saya agar saya berjaya mengamalkan azam saya ini, amin..