Jumaat, 4 Februari 2011

Makhluk Allah

Sekolah kami mempunyai dua buah blok asrama puteri dan sebuah blok asrama putera.Sepanjang persekolahan aku di SAMTTAJ, tidak pernah berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti histeria dan sebagainya. Namun,aku tak pernah menyangka bahawa tahun ini kejadian seperti itu akan berlaku.

Siapalah kita hendak menafikan kewujudan 'makhluk' tersebut.'Mereka' ada di mana2, cuma kita yang tidak mampu melihat dengan mata kasar.Kejadian tersebut menimbulkan rasa takut di hati ramai pelajar puteri terutama di kalangan ahli2 dorm tersebut.Maka pada malam itu, musolla Ar-Raudhah mencatat sejarah, sunyi sepi tanpa hiruk-pikuk pelajar yang sangat memeningkan kepala, seperti berada di tengah pasar! Alhamdulillah, sedikit sebanyak peristiwa itu mampu men'diam'kan mereka..=)

'Mereka' juga merupakan makhluk Allah seperti kita, bezanya cuma kita tidak mampu melihatnya, maka mereka mudah menyerang kita.Tapi mereka tidak akan menyerang jika kita tidak mengganggu keamanan hidup mereka.Maka sewajibnya kita yakin bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa atas segala-galanya dan hanya pada-Nya kita perlu takut dan mengharap.
Tapi, jangan pula terlalu berani hingga mencabar diri 'mereka'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan