Khamis, 30 Disember 2010

Sangkaan

Sedang sibuk melayan pelanggan yang datang membeli buku, datang seorang wanita menghulurkan senarai buku-buku yang perlu dibeli sambil berkata:
"Kak, haritu saya mintak buku yang saya 'highlight' nie, bukan yang saya tanda dengan pen merah tu.Tapi akak bagi terbalik pulak.."
Segera aku menoleh ke arah kawan ibuku yang menjadi jurujual yang sebenarnya di situ untuk melihat reaksinya.
"Oh, tersilap ye.."begitu balasnya sebelum kembali meneruskan kerjanya membuatkan aku terdiam seketika, tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum tiba2 tanganku spontan tergerak untuk mengambil senarai tersebut.
"Em..tersilap ye kak. Biar saya ambikkan yang akak dah 'highlight' tu."Lalu aku pun beredar untuk mencari buku seperti yang diminta.

"Nah..ni buku yang akak tersilap bagi haritu.."ujar wanita itu lagi sebelum aku mengambilnya dan meletakkannya di atas meja lain.
Lalu Acik Izan (panggilan utk kawan ibuku) pun mulalah mengiranya..aku lihat, dia seakan 'pening kepala' mengira tolak tambah jualan buku itu. Manakala aku pula mengambil buku yang diberikan utk diletak ke tempat asal..Namun, hatiku seakan merasa ada yang tidak kena dengan sesuatu. Mengapa? Aku tidak pasti.
Setelah selesai urusan jul beli dengannya, aku kembali memeriksa buku2 yang diberikan sebentar tadi.
'Eh, buku ni ade satu je? mana lagi satu?' segera aku melihat-lihat sekeliling meja itu
'Aik?pembalutnya pun dah hilang?kat mana ni?Ish, makcik tu sajeje buat macam ni. tak baiklah dia tu.' aku pun melangkahkan kaki menuju ka arah Acik Izan dan memberitahunya akan hal tersebut.
"Lah..patutla rasa macam ada yang tak kena je tadi.Cepat panggil acik tadi balik."Mujurlah wanita tadi masih di luar, seperti memeriksa sesuatu. Mungkin memeriksa kembali jumlah bayaran yang dipulangkan kepadanya..
"Nasib baiklah akak perasan, kalau tak tahulah saya apa jadi nanti. Oklah, sekarang saya bayar dulu buku tu, pastu nanti saya bawak dan pulangkan balik."Subhanallah,...aku tidak menyangka bahawa rupa-rupanya wanita itu baik hatinya. Sebelum itu, aku
menyangkakan dia sengaja mahu menipu kami. Maaf kak...
Selepas wanita itu pergi, aku termenung seketika, mengenang hati dan jiwa yang selalu alpa..Mungkin Allah mahu mengingatkan aku agar tidak melulu menyangka buruk terhadap hamba2Nya.Teringat aku pada sepotong ayat yang berbunyi:
"Wahai org2 yang beriman, jauhilah kamu daripada bersangka-sangka, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah DOSA..."
Astaghfirullahal'adzim..ampunkan dosaku ya Allah!
Kisah ini nampak sangat remeh kerana ia sering terjadi, namun ia merupakan sesuatu yang berharga buat diriku yang sering lalai ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan